Kelas Microsoft Office [Ms Excel] & Klik Dengan Bijak [Maklumat Palsu]
24 Februari 2018 | Aktiviti TerkiniPada 23 Februari 2018, PI Braang Bayur mengadakan kelas Microsoft office [Ms Excel] bertempat di bilik latihan Pusat Internet braang bayur. Aktiviti ini bermula pukul 9.30 pagi sehingga 11.30 pagi dan telah disertai oleh 7 orang peserta. Melalui kelas ini para peserta didedahkan dengan Microsoft excel dimana mereka membuat jadual menggunakan Microsoft excel dan juga mereka diajar cara membuat pengiraan menggunakan microsoft excel.
Melalui kelas ini juga para peserta didedahkan kepada modul klik dengan bijak melalui tayangan video mengenai maklumat palsu. Melalui Program ini juga kita dapat memperkenalkan Pusat Internet secara umum kepada peserta.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: